Legal
Privacy Policy
Last updated: October 30, 2026
This Privacy Policy explains how JunoLabs Marketing collects, uses and protects personal data when you visit getjunolabs.com, contact us, book a call, buy a product or work with us.
1. Who we are
getjunolabs.com is operated by Juno Labs Consultancy (SSM registration no. 202503320480), a sole proprietorship registered in Malaysia and trading as JunoLabs Marketing ("JunoLabs", "we", "us"), based in Kuala Lumpur, Malaysia.
Privacy contact: hello@getjunolabs.com
We are the data controller for the personal data described here. We follow Malaysia's Personal Data Protection Act 2010 (as amended in 2024) and, where it applies to you, the EU GDPR and UK GDPR.
2. What we collect
- Information you give us: name, email, company, job title, phone number and anything you include in an inquiry, email or call.
- Booking information: details you enter when scheduling a call through our booking page (Cal.com), such as name, email, time zone and meeting notes.
- Purchase information: if you buy a digital product, our payment provider collects your payment details. We receive your name, email, country and order details, never your full card number.
- Client project information: material you share with us during an engagement, handled under our client agreement and NDA.
- Technical information: IP address, browser and device type, pages visited and referring site, recorded in our hosting provider's server logs.
We do not knowingly collect sensitive personal data, and our site is not intended for anyone under 18.
3. How we use it
- To respond to inquiries and schedule calls
- To prepare proposals, deliver services and manage client relationships
- To process orders and deliver digital products
- To invoice, keep accounts and meet legal and tax obligations
- To send occasional updates if you have opted in. You can unsubscribe at any time
- To keep the site secure and working properly
Legal bases (GDPR/UK GDPR): performing a contract or taking steps before one; our legitimate interests in running and growing a B2B consultancy; your consent (for marketing emails); and legal obligation.
We do not sell your personal data, and we do not use it for automated decision-making that has legal or similarly significant effects on you.
4. Who we share it with
We share personal data only with service providers that help us run the business, under appropriate confidentiality and data protection terms:
- Website hosting (WP Engine)
- Email and document tools (Google Workspace)
- Call scheduling (Cal.com)
- Payment and digital product delivery providers, when you make a purchase
- Business-grade AI tools used under terms that do not allow your data to be used to train their models
- Professional advisers, banks and authorities where required by law
5. International transfers
We are based in Malaysia, and some of our providers store data in the United States and elsewhere. When personal data leaves Malaysia, the EU or the UK, we rely on recognized safeguards such as the provider's standard contractual clauses or equivalent protections.
6. Cookies and analytics
We don't use advertising or analytics cookies. Our site uses only essential cookies needed for it to work, such as security and login cookies for password-protected areas. If we add analytics in future, we will update this policy and ask for your consent where the law requires it.
7. How long we keep it
- Inquiries that do not become projects: up to 2 years
- Client and contract records: for the engagement plus 7 years, to meet Malaysian tax and accounting requirements
- Marketing email list: until you unsubscribe
- Technical logs: according to our hosting provider's standard retention
8. How we protect it
We use access controls, two-factor authentication, encrypted connections and reputable providers to protect personal data. If a data breach is likely to cause you significant harm, we will notify you and the relevant authority as required by law.
9. Your rights
Depending on where you live, you can ask us to:
- Access the personal data we hold about you
- Correct inaccurate or incomplete data
- Delete your data, where we no longer need it
- Restrict or object to certain processing, including direct marketing
- Withdraw consent you have given
- Receive your data in a portable format or have it sent to another organization
Email hello@getjunolabs.com to make a request. We will respond within 21 days, as required by Malaysian law, and may need to verify your identity first. You can also complain to Malaysia's Personal Data Protection Commissioner or your local data protection authority, though we would appreciate the chance to resolve it with you first.
10. Third-party links
Our site links to other websites, including LinkedIn and Cal.com. Their own privacy policies apply when you use them.
11. Changes
We may update this policy as our business or the law changes. The "Last updated" date above shows the current version.
See also our Terms of Use.
Bahasa Malaysia
Notis Privasi
Kemas kini terakhir: 30 Oktober 2026
Notis Privasi ini menerangkan cara JunoLabs Marketing mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi apabila anda melawat getjunolabs.com, menghubungi kami, menempah panggilan, membeli produk atau bekerjasama dengan kami. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia notis ini, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.
1. Siapa kami
getjunolabs.com dikendalikan oleh Juno Labs Consultancy (No. pendaftaran SSM 202503320480), sebuah perniagaan milikan tunggal yang berdaftar di Malaysia dan menjalankan perniagaan dengan nama JunoLabs Marketing ("JunoLabs", "kami"), yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan privasi: hello@getjunolabs.com
Kami ialah pengawal data bagi data peribadi yang diterangkan di sini. Kami mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] (sebagaimana dipinda pada 2024) dan, jika terpakai kepada anda, GDPR EU dan GDPR UK.
2. Data yang kami kumpul
- Maklumat yang anda berikan: nama, e-mel, syarikat, jawatan, nombor telefon dan apa-apa maklumat yang anda sertakan dalam pertanyaan, e-mel atau panggilan.
- Maklumat tempahan: butiran yang anda masukkan semasa menjadualkan panggilan melalui halaman tempahan kami (Cal.com), seperti nama, e-mel, zon waktu dan catatan mesyuarat.
- Maklumat pembelian: jika anda membeli produk digital, penyedia pembayaran kami mengumpul butiran pembayaran anda. Kami menerima nama, e-mel, negara dan butiran pesanan anda, tetapi tidak sekali-kali nombor penuh kad anda.
- Maklumat projek pelanggan: bahan yang anda kongsikan dengan kami sepanjang tempoh perkhidmatan, yang dikendalikan di bawah perjanjian pelanggan dan NDA kami.
- Maklumat teknikal: alamat IP, jenis pelayar dan peranti, halaman yang dilawati dan laman web perujuk, yang direkodkan dalam log pelayan penyedia hos kami.
Kami tidak dengan sengaja mengumpul data peribadi sensitif, dan laman kami tidak ditujukan kepada sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun.
3. Cara kami menggunakannya
- Untuk menjawab pertanyaan dan menjadualkan panggilan
- Untuk menyediakan cadangan, menyampaikan perkhidmatan dan mengurus hubungan pelanggan
- Untuk memproses pesanan dan menghantar produk digital
- Untuk membuat invois, menyimpan akaun dan memenuhi kewajipan undang-undang dan cukai
- Untuk menghantar kemas kini dari semasa ke semasa jika anda telah bersetuju untuk menerimanya. Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa
- Untuk memastikan laman kami selamat dan berfungsi dengan baik
Asas undang-undang (GDPR/GDPR UK): pelaksanaan kontrak atau langkah yang diambil sebelum memeterai kontrak; kepentingan sah kami dalam menjalankan dan mengembangkan perniagaan perundingan B2B; persetujuan anda (untuk e-mel pemasaran); dan kewajipan undang-undang.
Kami tidak menjual data peribadi anda, dan kami tidak menggunakannya untuk membuat keputusan secara automatik yang memberikan kesan dari segi undang-undang atau kesan lain yang sama ketara kepada anda.
4. Dengan siapa kami berkongsi data
Kami berkongsi data peribadi hanya dengan penyedia perkhidmatan yang membantu kami menjalankan perniagaan, di bawah syarat kerahsiaan dan perlindungan data yang sewajarnya:
- Pengehosan laman web (WP Engine)
- Alat e-mel dan dokumen (Google Workspace)
- Penjadualan panggilan (Cal.com)
- Penyedia pembayaran dan penghantaran produk digital, apabila anda membuat pembelian
- Alat AI bertaraf perniagaan yang digunakan di bawah syarat yang tidak membenarkan data anda digunakan untuk melatih model mereka
- Penasihat profesional, bank dan pihak berkuasa apabila dikehendaki oleh undang-undang
5. Pemindahan antarabangsa
Kami berpangkalan di Malaysia, dan sesetengah penyedia kami menyimpan data di Amerika Syarikat dan tempat lain. Apabila data peribadi dipindahkan keluar dari Malaysia, EU atau UK, kami bergantung pada perlindungan yang diiktiraf seperti fasal kontrak piawai penyedia atau perlindungan yang setara.
6. Kuki dan analitik
Kami tidak menggunakan kuki pengiklanan atau analitik. Laman kami hanya menggunakan kuki penting yang diperlukan untuk berfungsi, seperti kuki keselamatan dan log masuk bagi kawasan yang dilindungi kata laluan. Jika kami menambah analitik pada masa hadapan, kami akan mengemas kini notis ini dan meminta persetujuan anda jika dikehendaki oleh undang-undang.
7. Tempoh penyimpanan
- Pertanyaan yang tidak menjadi projek: sehingga 2 tahun
- Rekod pelanggan dan kontrak: sepanjang tempoh perkhidmatan dan 7 tahun selepasnya, untuk memenuhi keperluan cukai dan perakaunan Malaysia
- Senarai e-mel pemasaran: sehingga anda berhenti melanggan
- Log teknikal: mengikut tempoh penyimpanan standard penyedia hos kami
8. Cara kami melindunginya
Kami menggunakan kawalan akses, pengesahan dua faktor, sambungan yang disulitkan dan penyedia yang bereputasi untuk melindungi data peribadi. Jika berlaku pelanggaran data yang mungkin menyebabkan kemudaratan ketara kepada anda, kami akan memaklumkan anda dan pihak berkuasa berkaitan sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang.
9. Hak anda
Bergantung pada tempat anda tinggal, anda boleh meminta kami untuk:
- Mengakses data peribadi yang kami simpan tentang anda
- Membetulkan data yang tidak tepat atau tidak lengkap
- Memadam data anda, jika kami tidak lagi memerlukannya
- Mengehadkan atau membantah pemprosesan tertentu, termasuk pemasaran langsung
- Menarik balik persetujuan yang telah anda berikan
- Menerima data anda dalam format yang boleh dipindahkan, atau memindahkannya kepada organisasi lain (hak kemudahalihan data)
E-mel hello@getjunolabs.com untuk membuat permintaan. Kami akan memberikan maklum balas dalam tempoh 21 hari, sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang Malaysia, dan mungkin perlu mengesahkan identiti anda terlebih dahulu. Anda juga boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia atau pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda, walaupun kami berharap diberi peluang untuk menyelesaikannya bersama anda terlebih dahulu.
10. Pautan pihak ketiga
Laman kami mengandungi pautan ke laman web lain, termasuk LinkedIn dan Cal.com. Dasar privasi mereka sendiri terpakai apabila anda menggunakannya.
11. Perubahan
Kami mungkin mengemas kini notis ini apabila perniagaan kami atau undang-undang berubah. Tarikh "Kemas kini terakhir" di atas menunjukkan versi semasa.